a) Dikir Barat Berasal dari Pattani
Sesetengah pendapat mengatakan permainan ini berasal daripada Pattani. Dikir barat yang lebih dikenali dengan nama dikir karut sebenarnya dibawa dari Pattani. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan barat membawa maksud Pattani. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu ketika dahulu Kelantan diperintah oleh kerajaan Siam. Ketika dibawa ke Kelantan, dikir barat adalah dalam bentuk dikir dan telah di ubahsuai dengan penambahan pantun dan loghat yang bersesuian mengikut keadaan masyarakat sekeliling.
b) Dikir Barat Berasal dari Pulau Kerangga
Dikir barat juga dikatakan berasal dari Pulau Kerengga iaitu satu daerah di dalam jajahan Narathiwat di selatan Siam. Ianya telah dibawa oleh seseorang yang bernama Pak Sa yang berasal dari Pulau Kerangga pada tahun 1931. Pak Sa telah ditangkap oleh pegawai kastam kerana memasuki tanpa passport dan menyeludup barangan. Pak Sa yang telah dipenjarakan selam setahun kemudiannya memperkenalkan dikir barat kepada masyarakat Kelantan.
c)Dikir Barat Berasal dari Ilham Budak-Budak Penjaga Lembu
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal dari permainan budak-budak peengembala lembu. Pada tahun 1930-an, terdapat ramai pencuri lembu yang berkeliaran di padang rumput. Disebabkan ketakutan, mereka telah bekumpul secara berkelompok dan berdikir secara beramai-ramai. Mereka akan menyanyi dan berpantun sambil menyindir sesama sendiri untuk menghiburkan hati dan melupakan perasaan takut. Dari peristiwa tersebut maka muncullah permainan dikir barat.
d) Dikir Barat Berasal dari Pulau Tebu
Ada pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya iaitu Husain Mok Nah yang berasal di Pulau Tebu. Sewaktu beliau memperkenalkan dikir barat, ramai yang beranggap bahawa permainan ini sebagai sebuah hasil seni yang baru sebab iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti rebana besar.